About Me

My Photo
013-4887475 & 019-4477475 the administrator MATA AYER AGRI ENT. (RA 0014945-H) NO 7, TAMAN SRI LANCHANG, JEJAWI, MATA AYER 02500, PERLIS

Tuesday, August 27, 2013

MAKLUMAN

Makluman
Homestay TSI kini dalam proses baik pulih, maka tempahan di tutup sementara waktu, sehingga ke suatu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Harap Maklum

Saturday, December 29, 2012

Restoran Pokok Ceri- jalan hospital ke lebuhraya Jitra- Bukit Kayu Hitam

Mula beropersi dari jam 9 pagi

Keunikannya - lauk memang banyak

Banyak pilihan- masakan kampung

Jangan terlewat- lauknya cepat habis

Meja makannya juga banyak



Suasana restoran yang dihiasi pokok yang rendang

Mudah kelihatan dari tepi jalan

Sudut ikan bakar yang menyelerakan
Jaraknya dari Homestay TSI- 3 km sahaja- jangan lepaskan peluang berkunjung ke restoran Pokok Ceri Jitra ini.

Wednesday, September 5, 2012

KONVO UUM

Konvo UUM yg bakal berlangsung awal oktober ini. ramai yang akan bertandang ke utara Malaysia. Rangkaian http://homestayperlis.blogspot.com juga menawarkan penginapan yang bersesuaian kerana jarak perlis dengan UUM tidaklah jauh sangat.
Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis menjimatkan masa,dengan anggaran 35-45 minit sahaja.



Wednesday, August 15, 2012

Pasar Ramadhan Jitra

Bagi penggemar kelainan setiap pasar ramadhan, anda boleh mencuba pasar ramadhan di Jalan Taman Suria (dari highway PLUS- exit ke Jitra - ambil pukul 12 di roundabout tepi Hospital Jitra)

Pasar Ramadhan ini sangat meriah kerana lokasi yang strategik dan diadakan di bahu jalan yang luas. Gambar2 dalam posting ini menunjukkan gerai2 yang unik dan juadah yang paling unik menjadikan pasar ramadhan ini berbaloi untuk dikunjungi berada di gambar terakhir posting ni.....

Homestay kami yang terdekat ialah 34TSI. Jangan lupa dengan PROMOSI RAMADHAN HARGA HOMESTAY TERMURAH . Ingatkan kami tentang promosi ini ketika membuat tempahan.

Jalan 4 lorong membolehkan pemandu kenderaan membeli dari dalam kereta.

Ayam percik dan ikan bakar percik.

Pelbagai lauk pauk- disediakan oleh pengusaha kantin di SMJ. Ramah orangnya...

Ikan bakar, Ikan kembung bakar hanya berharga 5 kupang....

Juadah dari luar negeri pun ada (negeri Kelantan)... semua peniaga cuba mencari kelainan...

Hmmm terliurnya... Orang Perlis, Kedah dan Pulau Pinang panggil air asam bagi sambal cicah.

Kambing golek pun ada

Setahu kita murtabak ayam, daging jer... ni murtabak maggie- meh cuba kat sini...

Ketupat asli dari utara- ketupat pulut daun palas... diikat serungkul... memang klasik pak cik ni berniaga...

Udang! murtabak udang... pernah makan?

Banyaknya kerang bakar bang... memang sedap.. tapi malas nak mengupas,,,,

Air soya... dan jeli kelapa.. memang favourite

Rasa macam nak cuba semua air kat sini... maklumlah tengah dahaga berpuasa...

Buat apa tu bang?... Abang kita tengah mencampurkan perisa kepada kerang bakar/goreng beliau... haa bukan sekadar bakar kosong jer kerang tu...

Wah... banyak betul buah kelapa pandan kakak ni... sampai kena Q kalau nak beli...

Kalau tak pernah makan roti goreng popia, meh try kat sini

Inilah abang kepada murtabak udang dalam gambar kat atas tadi...

Cantiknya kek... 

Dulu kat asrama tak larat nak makan kari kawah... tapi kari kawah yang ni sedap...

Ramai jugak orang Johor kat sini ya.... tak, sebenarnya nak try masakan Johor...

Gulai Temenung- translate = Kari Kembung, tuu.. dia sekawah kembung. Memang terasa lemak ikan kembung...

Nasi Beriyani dah cukup sedap.. yang ni dimasak kukus pulak.. rasanya dua kali ganda sedap...

Lagi kambing golek- kambing bakar berempah...

Pelbagai jenis minuman disusun cantik untuk tarik perhatian pengunjung... air soya tambah lengkong (laicikang)

Macam2 nama daa...

Ini bukan pantun... laksam ni makanan tradisi sebelah utara juga... seakan2 laksa..

Ramainya peminat yong tau fu... lihatlah cara susunan bekasnya...

haa.. pak cik ni terbang mai dari Jawa... special punya sempena bulan Ramadhan...

Kot2 teringin laksa- boleh cuba laksa yang kuahnya dimasak di dalam buyong.

Pelbagai lauk pauk, tapi 'Rendang Tok' ni tak sama macam yang kat Perak... minta tolong orang Perak mai tengok sat...

Mengungguli carta pasar Ramadhan Jitra... pak cik OKU ni... baca gambar di bawah...

Pak cik OKU ni jual susu kerbau dari Langkawi... korang pernah minum tak? Harga susu lembu se-plastik tu baru RM6, tapi susu kerbau RM12. memang kaw punya susu... lemaknya perh!!.... tu yang ada Mat Saleh dari Itali buat Cheese Mozzarella dari susu kerbau Langkawi...

Sunday, June 17, 2012

Nasi Dalca Pak Yusoff berdekatan dengan Homestay 34TSI

Jika anda menginap TSI Homestay, Jitra, anda boleh berkunjung ke Restoran Nasi Dalca Pak Yusoff. Antara restoran yang simpe tetapi mempunyai hidangan yang power...

Mudah kelihatan dari jalan besar, lebuh raya PLUS, Jitra, roundabout Jitra- dan ke sini.

Lauk pauk yang disediakan, antara yang unik- samah ayam kampung

Lauk pauk yang ala2 nasi kandar.

Menu dan senarai harga

Ruang makan yang luas dan selesa

Kad Bisnes dan peta ke sini.

Monday, October 3, 2011

Konvo UiTM ARAU,PERLIS

Siti Guesthouse mengucapkan Selamat Berkonvokesyen kepada graduan UiTM cawangan Arau,Perlis.
Perjalanan dalam 25-35 minit ke UiTM Arau melalui jalanraya yang dinaiktaraf 'double-lane'.