Wednesday, August 15, 2012

Pasar Ramadhan Jitra

Bagi penggemar kelainan setiap pasar ramadhan, anda boleh mencuba pasar ramadhan di Jalan Taman Suria (dari highway PLUS- exit ke Jitra - ambil pukul 12 di roundabout tepi Hospital Jitra)

Pasar Ramadhan ini sangat meriah kerana lokasi yang strategik dan diadakan di bahu jalan yang luas. Gambar2 dalam posting ini menunjukkan gerai2 yang unik dan juadah yang paling unik menjadikan pasar ramadhan ini berbaloi untuk dikunjungi berada di gambar terakhir posting ni.....

Homestay kami yang terdekat ialah 34TSI. Jangan lupa dengan PROMOSI RAMADHAN HARGA HOMESTAY TERMURAH . Ingatkan kami tentang promosi ini ketika membuat tempahan.

Jalan 4 lorong membolehkan pemandu kenderaan membeli dari dalam kereta.

Ayam percik dan ikan bakar percik.

Pelbagai lauk pauk- disediakan oleh pengusaha kantin di SMJ. Ramah orangnya...

Ikan bakar, Ikan kembung bakar hanya berharga 5 kupang....

Juadah dari luar negeri pun ada (negeri Kelantan)... semua peniaga cuba mencari kelainan...

Hmmm terliurnya... Orang Perlis, Kedah dan Pulau Pinang panggil air asam bagi sambal cicah.

Kambing golek pun ada

Setahu kita murtabak ayam, daging jer... ni murtabak maggie- meh cuba kat sini...

Ketupat asli dari utara- ketupat pulut daun palas... diikat serungkul... memang klasik pak cik ni berniaga...

Udang! murtabak udang... pernah makan?

Banyaknya kerang bakar bang... memang sedap.. tapi malas nak mengupas,,,,

Air soya... dan jeli kelapa.. memang favourite

Rasa macam nak cuba semua air kat sini... maklumlah tengah dahaga berpuasa...

Buat apa tu bang?... Abang kita tengah mencampurkan perisa kepada kerang bakar/goreng beliau... haa bukan sekadar bakar kosong jer kerang tu...

Wah... banyak betul buah kelapa pandan kakak ni... sampai kena Q kalau nak beli...

Kalau tak pernah makan roti goreng popia, meh try kat sini

Inilah abang kepada murtabak udang dalam gambar kat atas tadi...

Cantiknya kek... 

Dulu kat asrama tak larat nak makan kari kawah... tapi kari kawah yang ni sedap...

Ramai jugak orang Johor kat sini ya.... tak, sebenarnya nak try masakan Johor...

Gulai Temenung- translate = Kari Kembung, tuu.. dia sekawah kembung. Memang terasa lemak ikan kembung...

Nasi Beriyani dah cukup sedap.. yang ni dimasak kukus pulak.. rasanya dua kali ganda sedap...

Lagi kambing golek- kambing bakar berempah...

Pelbagai jenis minuman disusun cantik untuk tarik perhatian pengunjung... air soya tambah lengkong (laicikang)

Macam2 nama daa...

Ini bukan pantun... laksam ni makanan tradisi sebelah utara juga... seakan2 laksa..

Ramainya peminat yong tau fu... lihatlah cara susunan bekasnya...

haa.. pak cik ni terbang mai dari Jawa... special punya sempena bulan Ramadhan...

Kot2 teringin laksa- boleh cuba laksa yang kuahnya dimasak di dalam buyong.

Pelbagai lauk pauk, tapi 'Rendang Tok' ni tak sama macam yang kat Perak... minta tolong orang Perak mai tengok sat...

Mengungguli carta pasar Ramadhan Jitra... pak cik OKU ni... baca gambar di bawah...

Pak cik OKU ni jual susu kerbau dari Langkawi... korang pernah minum tak? Harga susu lembu se-plastik tu baru RM6, tapi susu kerbau RM12. memang kaw punya susu... lemaknya perh!!.... tu yang ada Mat Saleh dari Itali buat Cheese Mozzarella dari susu kerbau Langkawi...